Thursday 1 May 2014

Bunga Ros Hitam

_______________
cerpen ni dapat idea waktu tengah gi shoping
tetiba nampak ada sorang lelaki ni bawak bunga ros
untuk awek dia maybe , tapi warna merah la . 
then terdetik nak buat cerpen pasal ros .
cerpen kedua ni best sikit kot . haha , entah la
________________


Kelopak mata aku terbuka . Jam loceng kat sebelah bising gila . Haduhh , pagi pagi dah bising .
Tangan aku mencapai jam loceng . Jam menunjukkan pukul 5 : 40 pagi .  Oh , shit . Dah lambat
aku menannggalkan pakaian tidur ku satu persatu . aku mengambil tuala yang disidai di pintu . aku 
bergegas ke bilik air . aku membuka paip air pancur . sejuknyaaa . 

selesai mandi , aku ke bilik . baju sekolah telah disiapkan di atas katil .
hm , kesian ibu slalu kene kemaskan baju untuk aku .
cepat - cepat aku mengambil baju dan terus memakainya . sedang aku menyiapkan diri , kedengaran
suara ibu memanggil - manggilku . "Along ! ooo Along ! cepat sarapan dah lambat ni .." . "Okay Mak !"
aku membuka pintu . "makan roti kaya je?" kata aku . "ye lah long , ni je yang mampu . 'ayah dah tak
boleh tolong kita lagi' " jawab ibu . aku faham . maklumlah , ibu kerja apa sahaja . cuma menjual nasi lemak sahaja . tu pun nasib baik laku . kalau tak , memang takde duit lah nak sara keluarga . ayah pulak , dah tak dapat tolong .
bunyi hon bas sekolah masuk ke teling aku .
"okay mak . Along nak pegi sekolah , bye! "
aku menyalam ibu.
________________
"ESOK IALAH HARI BAPA ! JADI KAPI PIHAK KOOPERASI MENJUAL PELBAGAI JENIS HADIAH . MURAH SAHAJA" sakit telinga aku dengar akak koop tu buat pengunguman . apalah masalah akak ni nak cakap kuat - kuat . setiap masa pulak tu . dah la gemok . 
dalam hati aku dah menghina hina akak ni .
puas aku .
oh yeah . aku baru ingat esok hari ayah .
nak beli apa aku pun tak tau . kek ? ayam goreng ? keropok lekor ? baju ? kad ucapan ? tie ? tali pinggang ? heh , banyaknya aku nak beli . bunga ros ? yeah . rare la sikit bunga ros tu .
________________

bunyi loceng bergema . itulah yang pelajar paling suka , waktu balik sekolah . ye . 
aku masukkan tangan aku kedalam poket dan keluarkan isi - isi di dalam poket .
ada lagi rm 3 . cukup ni nak beli hadiah . bisik hati kecil aku .
aku terus menuju ke kooperasi . tak ramai orang , senang sikit nak beli hadiah .
nasib tak pergi waktu rehat . sampai sahaja di depan kooperasi aku nampak banyak hadiah .
ada kad ucapan , keychain selamat hari bapa , teddy bear . aik , adee ke ayah suka teddy bear ?
ok , apa yang aku nak ada di depan mata . bunga ros hitam .
_______________

setelah membeli bunya ros , aku keluar daripada sekolah . ramai pelajar yang tak sabar nak balik .
tapi...

asal beli bunga ? ayah kau gay ea ?

ayah kau suka bunga? gila apa ?

pondan ea bapak kau ?

ayah kau mesti perangai macam perempuan kan ?

aku sabar . ye , aku masih sabar , air mata mengalir di pipi aku .
bunyi hon bas sekolah memanggil aku .
______________

sampai sahaja di rumah pukul 2 . 00 pm . aku tanggalkan kasut . menukar pakaian , solat zuhur .
" along cepat siap - siap ea ? " aku dengar jeritan mak dari bilikknya setelah aku siap solat .
" baik mak " jawab aku dalam keadaan jerit jugak . shit , dah lambat !
cepat - cepat aku mencapai pensil dan tulis di dalam kad . selesai menulis , aku lekatkan kad itu
dengan bunga ros hitam tu tadi .
" mak , along dah siap "
aku menaiki kereta . mak pandu kereta . sepanjang perjalan mak menangis tak henti henti .
" dah la tu mak " aku memujuk mak .
" nak tau sesuatu tak ? mak suka nama along . Muhammad Amir Aziz bin Abdullah Nurdin . hmm . "
kata mak aku kepada aku secara tiba - tiba . aku memeluk mak .
_____________

sampai sahaja , aku keluar daripada kereta membawa bunga ros tadi . "KAWASAN KUBUR AN-NUR"
aku membaca paapan tanda . mak menarik aku masuk ke dalam . aku lihat batu nisan yang tertulis
" Abdullah Nurdin bin Ahmad Jais " aku menuju ke kubur itu . aku letakkan bunga ros hitam bersama - sama kad yang ditampal di batangnya yang bertulis ..

       Assalamualaikum ayah , hari esok hari bapa.   
                 along nak cakap sesuatu ni                 
along rindu sangat dengan ayah , terima kasih sebab
selama bg duit belanja kat along . along kesian 
tengok mak . baru along tau betapa besarnya jasa
ayah . along cuma nak cakap yang......
ALONG AKAN SENTISA DOAKAN
AYAH DAN MAK . ALONG JANJI ! 
setelah ros diletakkan . aku memeluk mak . air mata aku jatuh di atas
tanah - tanah " rumah ayah " .
________________

Wednesday 30 April 2014

Halusinasi

____________________

untuk cerpen yg pertama mungkin agak teruk
jalan cerita pun agak teruk
semuanya teruk , haha
_______________________

Aku afiq . seorang pelajar sekolah rendah , untuk tahun lepaslah.Tahun ni aku sekolah menengah,form 1.
Cerita pasal form 1,biasalah,batch kuli kene suruh tu kene suruh ni.asrama

Jam menunjukkan pukul 12 malam.
aku terjaga daripada tidur.bila tengok jam.
siot je , aku piker dah pagi . alamak nak terkencing la pulak
keadaan kat luar gelap.nak tak nak aku kene pergi tandas.shit
alamak blackout la pulak . perghhh !!
keadaan memang mencemburui aku . aku berjalan menuju ke tandas . gelap gila .
aku melangkah masuk . sebelum sampai ke jamban , aku kene lalu bahagian
tempat basuh baju . kelihatan seorang budak lelaki sedang membasuh baju .
budak ? layak ke aku panggil orang lain budak sedangkan aku form 1 ?
hahhhh , whatever .
aku terus masuk ke tandas .
__________________

dalam 15 minit lepastu  , aku keluar daripada tandas . tak sangka nak terbuang air besar skali . haha
aku lalu semula bahagian tempat basuh baju . BUDAK TU MASIH ADA LAGI .
aku tegur . "dah malam dah ni taknak tidur?"
diam .
aku pergi ke arah budak itu "sinilah aku tolong"
dia pandang kepada aku. MUKA DIA SAMA DENGAN AKU .
shit . aku buntu . tak tau nak buat apa . 'klon' aku yang sedang memegang berus
basuh baju tu memeluk aku . dia membuka bajuku . dan menggosokkan berus tu
di badan aku . aku meraung kesakitan . tapi siapa yang nak dengar malam2 ni ?
setiap lapisan kulitku terasa bagai disiat-siat . darah memenuhi ruang basuh baju itu .
aku pejamkan mata .
nafasku terhenti .
......

_________________

kesokan paginya ..

"dah la tu , bukan salah kau pun" seorang perempuan yang berusia 40 berkata kepada rakannya yang sedang menangis kesedihan .
" anak aku ! aku tak sangka boleh jadi macam ni . aku ingatkan penyakit halusinasi dia tak 
terlalu kuat , tapi aku salah ! emak sayang afiq ! "

Intro

Asssalamualaikum.
tujuan blog ni diakan untuk menulis cerpen2 yg terbuku di minda
nak simpan buat apa , luahkan je la
bahasa mencarut memang ada
so enjoy
takde apa nak cakap lagi dah.