Thursday 1 May 2014

Bunga Ros Hitam

_______________
cerpen ni dapat idea waktu tengah gi shoping
tetiba nampak ada sorang lelaki ni bawak bunga ros
untuk awek dia maybe , tapi warna merah la . 
then terdetik nak buat cerpen pasal ros .
cerpen kedua ni best sikit kot . haha , entah la
________________


Kelopak mata aku terbuka . Jam loceng kat sebelah bising gila . Haduhh , pagi pagi dah bising .
Tangan aku mencapai jam loceng . Jam menunjukkan pukul 5 : 40 pagi .  Oh , shit . Dah lambat
aku menannggalkan pakaian tidur ku satu persatu . aku mengambil tuala yang disidai di pintu . aku 
bergegas ke bilik air . aku membuka paip air pancur . sejuknyaaa . 

selesai mandi , aku ke bilik . baju sekolah telah disiapkan di atas katil .
hm , kesian ibu slalu kene kemaskan baju untuk aku .
cepat - cepat aku mengambil baju dan terus memakainya . sedang aku menyiapkan diri , kedengaran
suara ibu memanggil - manggilku . "Along ! ooo Along ! cepat sarapan dah lambat ni .." . "Okay Mak !"
aku membuka pintu . "makan roti kaya je?" kata aku . "ye lah long , ni je yang mampu . 'ayah dah tak
boleh tolong kita lagi' " jawab ibu . aku faham . maklumlah , ibu kerja apa sahaja . cuma menjual nasi lemak sahaja . tu pun nasib baik laku . kalau tak , memang takde duit lah nak sara keluarga . ayah pulak , dah tak dapat tolong .
bunyi hon bas sekolah masuk ke teling aku .
"okay mak . Along nak pegi sekolah , bye! "
aku menyalam ibu.
________________
"ESOK IALAH HARI BAPA ! JADI KAPI PIHAK KOOPERASI MENJUAL PELBAGAI JENIS HADIAH . MURAH SAHAJA" sakit telinga aku dengar akak koop tu buat pengunguman . apalah masalah akak ni nak cakap kuat - kuat . setiap masa pulak tu . dah la gemok . 
dalam hati aku dah menghina hina akak ni .
puas aku .
oh yeah . aku baru ingat esok hari ayah .
nak beli apa aku pun tak tau . kek ? ayam goreng ? keropok lekor ? baju ? kad ucapan ? tie ? tali pinggang ? heh , banyaknya aku nak beli . bunga ros ? yeah . rare la sikit bunga ros tu .
________________

bunyi loceng bergema . itulah yang pelajar paling suka , waktu balik sekolah . ye . 
aku masukkan tangan aku kedalam poket dan keluarkan isi - isi di dalam poket .
ada lagi rm 3 . cukup ni nak beli hadiah . bisik hati kecil aku .
aku terus menuju ke kooperasi . tak ramai orang , senang sikit nak beli hadiah .
nasib tak pergi waktu rehat . sampai sahaja di depan kooperasi aku nampak banyak hadiah .
ada kad ucapan , keychain selamat hari bapa , teddy bear . aik , adee ke ayah suka teddy bear ?
ok , apa yang aku nak ada di depan mata . bunga ros hitam .
_______________

setelah membeli bunya ros , aku keluar daripada sekolah . ramai pelajar yang tak sabar nak balik .
tapi...

asal beli bunga ? ayah kau gay ea ?

ayah kau suka bunga? gila apa ?

pondan ea bapak kau ?

ayah kau mesti perangai macam perempuan kan ?

aku sabar . ye , aku masih sabar , air mata mengalir di pipi aku .
bunyi hon bas sekolah memanggil aku .
______________

sampai sahaja di rumah pukul 2 . 00 pm . aku tanggalkan kasut . menukar pakaian , solat zuhur .
" along cepat siap - siap ea ? " aku dengar jeritan mak dari bilikknya setelah aku siap solat .
" baik mak " jawab aku dalam keadaan jerit jugak . shit , dah lambat !
cepat - cepat aku mencapai pensil dan tulis di dalam kad . selesai menulis , aku lekatkan kad itu
dengan bunga ros hitam tu tadi .
" mak , along dah siap "
aku menaiki kereta . mak pandu kereta . sepanjang perjalan mak menangis tak henti henti .
" dah la tu mak " aku memujuk mak .
" nak tau sesuatu tak ? mak suka nama along . Muhammad Amir Aziz bin Abdullah Nurdin . hmm . "
kata mak aku kepada aku secara tiba - tiba . aku memeluk mak .
_____________

sampai sahaja , aku keluar daripada kereta membawa bunga ros tadi . "KAWASAN KUBUR AN-NUR"
aku membaca paapan tanda . mak menarik aku masuk ke dalam . aku lihat batu nisan yang tertulis
" Abdullah Nurdin bin Ahmad Jais " aku menuju ke kubur itu . aku letakkan bunga ros hitam bersama - sama kad yang ditampal di batangnya yang bertulis ..

       Assalamualaikum ayah , hari esok hari bapa.   
                 along nak cakap sesuatu ni                 
along rindu sangat dengan ayah , terima kasih sebab
selama bg duit belanja kat along . along kesian 
tengok mak . baru along tau betapa besarnya jasa
ayah . along cuma nak cakap yang......
ALONG AKAN SENTISA DOAKAN
AYAH DAN MAK . ALONG JANJI ! 
setelah ros diletakkan . aku memeluk mak . air mata aku jatuh di atas
tanah - tanah " rumah ayah " .
________________